Mengarah
- Sebagai seorang pengarah iaitu guru yang berjaya dan berkesan dalam memastikan bilik darjah yang menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran benar-benar memberi erti kepada murid-murid yang diajarnya.
- Dalam erti kata lain, Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru ialah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organiasi kecil yang dipimpinnya.
- Guru berperanan dalam mengawal bilik darjah dan mengawal peraturan bilik darjah. Contohnya:
- Guru mengawal pergaulan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan di dalam kelas agar tiada sebarang perkara tidak bermoral berlaku di dalam kelas.
- Guru juga harus mengawal masalah peribadi yang dialami oleh pelajar mereka. Guru perlu memastikan pelajar tidak membawa masalah peribadi ke sekolah.
- Guru juga harus memastikan tiada masalah disiplin berlaku di dalam kelas terutamanya dalam kalangan pelajar lelaki seperti masalah pergaduhan dan masalah buli dan kes mencabul di dalam kelas.
- Ciri-ciri pemimpin yang perlu ada dalam diri guru:
Mengawal
- Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi peranan yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran.
- Keupayaan seorang guru mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah benar-benar kondunsif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
- Pembelajaran bermakna sering dikaitkan dengan:
- Kualiti kepimpinan yang berjaya mengawal dan mendorong.
- Bertindak sebagai perujuk.
- Berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai suatu objektif.
- Guru harus mengarah pelajar untuk:
- Menjawab soalan selepas proses pembelajaran berlaku untuk memastikan pelajar faham apa yang dipelajari. (Guru tidak boleh marah atau memaki hamum pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang ditanya).
- Guru juga harus mengarah murid untuk membentuk kumpulan untuk membuat aktiviti kumpulan contohnya melalui “round table” iaitu salah satu cara aktiviti yang berkesan.
- Guru juga mengarah murid menguruskan tugasan harian dan segala tugasan harian mengikut jadual bertugas.
- Guru harus memastikan setiap tugas yang diberikan diikuti oleh setiap pelajar dan memastikan setiap pelajar bertanggungjawab terhadap tugasan masing-masing.
- Macam mana guru mahu mengawal kebisingan dalam kelasnya?
- Cara komunikasi guru yang berkesan semasa pengajaran dan pembelajaran:
KESIMPULAN
Pengurusan bilik pembelajaran yang baik tidak akan
berlaku tanpa perancangan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan
tugas penting yang memerlukan pengetahuan,
kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat
bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupya tentang bilik darjah dan
pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat kali pertama ke
dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohasi,
Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya dan cemerlang.
RUJUKAN
ü 3 Ciri Utama Perlu
Ada Pada Pemimpin. (27 November 2016). BH Online. Retrieved 28
Mac 2020 from https://www.bharian.com.my/node/217290
ü 10 Tips Untuk Kawal
Kebisingan & Mengembalikan Tumpuan Murid Dalam Kelas. (19 Februari
2018). Raihan Jalaludin's Blog. Retrieved 28 Mac 2020 from https://www.raihanjalaludin.com/2018/02/10-tips-untuk-kawal-kebisingan.html
ü Topik 2 : Pengurusan
Dan Pembelajaran Pelajar. (11 November 2018). Topik 2 : Pengurusan Dan
Pembelajaran Pelajar. Retrieved 28 Mac 2020 from http://kps3014pengurusanpembelajaran10.blogspot.com/2018/11/topik-2-pengurusan-dan-pembelajaran.html
ü Kps powerpoint,
STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH. (12 Mei 2015). LinkedIn SlideShare.
Retrieved 28 Mac 2020 from https://www.slideshare.net/jesycanandoh/kps-powerpoint-strategi-mengurus-bilik-dajah










No comments:
Post a Comment